SENI ITU INDAH

SENI ITU INDAH
“Bad art is more tragically beautiful than good art because it documents human failure.”

Sunday 6 April 2014

PAINTING (NATURE)

Painting is the practice of applying paint, pigment, color or other medium to a surface (support base). The medium is commonly applied to the base with a brush but other implements, such as knives, sponges, and airbrushes, can be used. Paintings may have for their support such surfaces as walls, paper, canvas, wood, glass, lacquer, clay, leaf, copper or concrete, and may incorporate multiple other materials including sand, clay, paper, gold leaf as well as objects.






MIXMEDIA ... 

CONTOH PROPOSAL


MURAL SEBAGAI MEDIA APRESIASI SENI
Satu kajian di Sekolah Menengah Daerah Kerian Perak.

1.1       LATAR BELAKANG

* Mural dan persekitaran masyarakat
* Mural dan persikataran sekolah
* Jenis mural
* Fungsi mural
            - mural estetik (hanya untuk keceriaan)
            - mural  seni (ada content di sebalik mural)
            - mural estetik dan seni

Mural adalah merupakan satu bentuk karya seni yang paling hampir dengan warga sekolah jika dibandingkan dengan lain-lain karya. Ini kerana pihak sekolah yang dituntut untuk menghasilkan keceriaan telah memilih mural sebagai salah satu elemen yang wajib ada selain hiasan lanskap. Pelbagai bentuk, media dan persembahan mural dihasilkan oleh warga sekolah yang terdiri daripada guru dan pelajar. Penghasilan mural ini lebih bertujuan kepada pertandingan dan pengindahan. Mural yang dihasilkan agak banyak di sekolah menengah telah memperlihatkan bahawa warga sekolah menjadikan mural sebagai salah satu elemen penting yang mesti ada dalam proses menceriakan kawasan sekolah serta menaikkan imej sekolah. Menurut Abd Rahman Abd Rashid (2001), sekolah berkesan juga menonjolkan imej dan prestasi sekolah yang tinggi dalam segala bidang, sama ada intelektual, moral, sosial dan kerohanian. Selari dengan perkembangan ini, jumlah mural yang banyak sahaja tidak dapat menentukan bahawa warga sekolah benar-benar memahami tentang seni yang mana seterusnya berlaku apresiasi. Bagi mengapresiasi sesebuah karya seseorang perlu memiliki pengetahuan yang mendalam tentang latar belakang seni itu sendiri.
Apresiasi seni ini adalah proses penghayatan seni yang merangkumi aspek-aspek pengetahuan, membuat pertimbangan, penyataan diskriminasi dan penghargaan terhadap karya seni. Apresiasi seni juga menitikberatkan aspek kritikal serta aspek emosional terhadap karya seni. Bagi Hurwitz dan Day (2001), apresiasi bermaksud menghargai dan pemahaman mengenai konsep apresiasi seni adalah melalui pencarian dan penyaluran maklumat yang terdapat pada karya seperti maklumat mengenai artis atau pengkarya, maklumat mengenai bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya, gaya dan aliran seni karya serta aspek sejarah karya tersebut. Justeru itu sudah sewajarnya satu kajian perlu dijalankan untuk mengetahui dan menilai tahap intelektual pelajar terhadap seni  melalui mural yang bertindak sebagai media apresiasi seni.

1.2              PERSOALAN KAJIAN  (lebih kurang 5 halaman)
* Hubungan mural dan apresiasi seni
-          apresiasi seni terhadap aspek formal mural
-          apresiasi seni terhadap aspek content mural
* Hubungan mural dengan apresiasi seni persekitaran sekolah
-          apresiasi seni di kalangan pelajar
-          apresiasi seni di kalangan warga pendidik
-          apresiasi seni di kalangan ibubapa
* Rasional pemilihan persoalan kajian
-          Dapat mengetahui jenis-jenis dan fungsi mural yang terdapat di sekolah menengah di persekitaran daerah kerian perak
-          Dapat mengetahui setakat mana apresiasi seni di kalangan pelajar-pelajar terhadap mural yang terdapat di persekitaran sekolah mereka.(aspek formal atau aspek content mural)
-          Dapat mengetahui sejauh mana kualiti pendidikan seni yang ada disekolah sekarang membantu pelajar dan warga pendidikan mengapresiasi seni

1.3 Rumusan Persoalan
Dari persoalan di atas pengkaji telah merumuskan tiga persoalan yang dianggap menarik , penting dan perlu dikaji,  tiga persoalan pokok tersebut adalah:

1.3.1        Apakah bentuk dan fungsi mural yang terdapat di sekolah menengah daerah Kerian, Perak.

1.3.2        Bagaimana tahap aprisiasi pelajar dan warga pendidik di Sekolah Menengah daerah Kerian terhadap mural yang terdapat di sekolah mereka.

1.3.3        Sejauh mana mural dapat bertindak sebagai media yang berkesan dalam
memberi kefahaman tentang seni tampak bagi pelajar dan warga pendidik sekolah menengah daerah Kerian Perak.

1.4 BATASAN KAJIAN

1.4.1 Fokus Kajian
Kajian ini akan menyentuh tentang mural sebagai media apresiasi seni. Fokusnya pada jenis dan tahap apresiasi seni oleh pelajar dan warga pendidik di beberapa sekolah terpilih di daerah Kerian Perak. Hal ini akan memberikan gambaran sebenarnya adakah mural menjadi salah satu media apresiasi seni di sekolah mengikut yang sepatutnya dalam konteks seni.

1.4.2 Batasan Tempat
             Kajian ini akan dijalankan di beberapa buah sekolah menengah di Daerah Kerian, Perak sahaja. Pemilihan sekolah tersebut berdasarkan pada kuantiti dan kualiti mural yang terdapat di sekolah tersebut. Walaupun ia tidak dapat memberikan gambaran yang tepat secara keseluruhan fenomena tersebut di Malaysia tapi sekurang-kurangnya dapat dijadikan tolak ukur tahap apresiasi seni di kalangan pelajar dan warga sekolah

(Item di bawah juga boleh dimasukkan dalam persoalan kajian)

 Setiap sekolah menengah digalakkan  menghasilkan mural untuk menceriakan sekolah. Proses pembuatan melibatkan pelajar dan guru pendidikan seni visual. Walaubagaimanapun karya ini bersifat kelompok dan diharapkan dapat mencerminkan indentiti sekolah maka idea pembentukannya melibatkan ramai orang terutama guru pendidikan seni visual, pelajar-pelajar malahan guru-guru lain yang berminat untuk bersama-sama menceriakan suasana sekolah.Dalam perkembangan lain mural terhasil di atas desakan untuk keceriaan di peringkat sekolah ataupun di peringkat yang lebih tinggi.
Walaupun  mural adalah merupakan satu bentuk karya yang mudah dilihat di sekolah berbanding karya-karya lain seperti lukisan,catan dan arca, namun begitu adakah karya mural ini dapat mencelikkan pelajar tentang seni melalui penghayatan dan apresiasi. Menurut Mohd Johari Ab.Hamid (2004), sesiapa sahaja yang meminati bidang seni boleh menjadi penghayat seni yang baik. Oleh itu karya mural yang banyak di sekolah telah membuka ruang untuk dikaji samaada pelajar benar-benar menghayati mural kerana melaluinya dapat ketahui tahap intelektual  mereka terhadap seni tampak.

Menurut Izani (2000),bagi mengapresiasi sesuatu karya seni, seseorang haruslah mampu menguasai dan mengetahui latar belakang karya seni yang diapresiasi dan juga dapat menyelami perasaan dan keinginan seniman. Apa yang menjadi masalah ialah karya seni mural di sekolah banyak dihasilkan tanpa mengambil kira elemen-elemen penting seperti formalistik seni, budaya dan lain-lain yang sangat penting. Bagi memberi kefahaman tentang seni apresiasi perlu dilakukan. Sebagaimana yang diketahui tujuan apresiasi seni adalah untuk penikmatan, penghayatan, pemahaman dan penghargaan terhadap hasil seni. Jadi melalui aparesiasi diharapkan nanti dapat mendidik pelajar agar lebih celik seni.

Pelajar yang kurang celik seni tidak akan menghargai karya mural yang dihasilkan seterusnya turut tidak memahami dan menghargai seni tampak. Oleh itu jika apresiasi dapat dilakukan warga sekolah dapat mempelajari, menghayati dan menghargai seni secara menyeluruh. Justeru itu melalui kajian ini diharapkan dapat membantu agar seni tampak lebih difahami. Menurut Mamannoor :

Makna  penghargaan dapat ditafsir sebagai suatu sikap atau tindak seseorang terhadap sesuatu setelah mampu mencapai pemahaman, maka jika istilah apresiasi digunakan sebagai pengantar pemahaman, tentulah sudah mengalami kekeliruan tafsir, sebab apresiasi memang bukan sesuatu yang bersifat untuk mengantarkan seseorang untuk memahami, malainkan untuk menandai adanya pemahaman dengan sikap atau tindak menghargai. Ungkapan menghargai baru bisa diungkapkan tatkala sesuatu sudah difahami dan patut serta layak untuk dihargai.

Apabila pemahaman tentang apresiasi seni sudah cukup jelas, barulah proses apresiasi dapat dilakukan dengan sempurna. Oleh itu satu kaedah perlu dicari dalam menyampaikan pemahaman ini.

1.5              TUJUAN KAJIAN

            Mengenalpasti bentuk dan jenis mural yang terdapat di sekolah menengah daerah Keraian Perak.
            Mengetahui tahap apresiasi pelajar dan warga pendidik sekolah menengah daerah Kerian terhadap mural yang terdapat di sekolah mereka.
            Mengetahui tahap keberkesanan atau peranan pendidikan seni di sekolah menengah kearah melahirkan pelajar dan warga pendidik yang ”celik seni”.

1.6       FAEDAH KAJIAN

Hasil penyelidikan ini diharap akan memberikan maklumat baru terhadap pendidik seni terhadap nilai  intelektual seni di kalangan pelajar dan warga pendidik. Antara faedah yang diperolehi dari kajian ini adalah:

1.6.1  Dapat dijadikan tolak ukur tahap intelektual seni dikalangan pelajar sekolah menengah dan warga pendidik.
1.6.2        Dapat dijadikan ukuran kualiti p&p guru pendidikan seni.kurikulum.
1.6.3        Dapat dijadikan ukuran kualiti kurikulum pendidikan seni
( boleh masukkan dalam persoalan kajian)

melalui mural sebagai media apresiasi seni di sekolah. Kemampuan mural bertindak sebagai media apresiasi dapat dilihat dari sudut kemahiran berinteraksi yang boleh dikuasai oleh pelajar. Kemahiran berinteraksi di dalam konteks merujuk kepada kemampuan interaktiviti di antara pelajar dan mural yang dipamerkan. Mural boleh meningkatkan kemahiran pelajar untuk berinteraksi secara visual. Proses interaksi ini dilakukan melalui apresiasi seni yang diselia dan dibantu penerangan guru seni.

Kajian ini diharapkan boleh membentuk pandangan yang positif dari pelajar, terhadap seni tampak melalui apresiasi yang betul dan seterusnya meningkatkan lagi kualiti mata pelajaran pendidikan seni visual selari dengan matlamat pendidikan seni visual sekolah menengah seperti berikut;

“Matlamat Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif, inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,”

Melalui kajian ini juga dapat diketahui impak yang terhasil dari apresiasi seni samada  dapat membantu pelajar untuk lebih celik seni. Ini kerana melalui apresiasi dapat mengambarkan proses, membuat hubungkait dan membentuk persepsi terhadap seni. Kajian ini juga melihat kefahaman pelajar terhadap seni tampak dan bagaimana mereka menghargai karya seni mural ini seterusnya terhadap lain-lain karya seni.

1.7          KERANGKA TEORETIKAL
* Dalami falsafah Estetik – Ibrahim titus Bukhard, Fx Muji Sutrisno
*Teori Estetik dan Teori Budaya perlu dimasukkan – teori Culture oleh Reymond Willaim

Kajian ini dijalankan mengikut penyelidikan kualitatif. Teori Estetika dan Teori Budaya digunakan sebagai landasan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan kajian yang ditimbulkan. Menurut Herbert Read dalam membuat pengamatan estetika kita harus melakukan tiga tingkat aktiviti;

Pertama, ialah pengamatan terhadap kualiti material, warna, suara, sikap dan banyak lagi reaksi lainya; kedua ialah penyusunan dari hasil pengamatan tersebut menjadi bentuk dan pola yang menyenangkan, ketiga; iaitu bila susunan tadi itu dihubungkan dengan emosi dan perasaan yang dirasakan sebelumnya. Maka dapatlah dikatakan bahawa emosi dan perasaan itu diekspresikan.

Edmund Burke Feldman – menyatakan bahawa apresiasi pada dasarnya adalah perbincangan mengenai seni tampak. Perbincangan ini bertujuan untuk mencipta pemahaman:

Tujuan apresiasi seni ialah untuk memberi pemahaman   yang paling tepat untuk memperolehi maklumat berkaitan  dengan mutu karya seni dan membina persepsi terhadapnya.

Kebolehan guru memberi pengalaman dan penggunaan kaedah yang betul dapat memenuhi keperluan komunikasi pelajar ini di jelaskan Kenneth M. Lansing:
Teori Kenneth M. Lansing (1971)- dalam bukunya, Art, Artists and Art Education menyatakan, melalui aktiviti Pendidikan Seni yang dilaksanakan ia boleh menjadi suatu cabang komunikasi.

Teori Falk dan Dierking - menjelaskan bahawa keinginan manusia untuk belajar turut dipengaruhi oleh persekitaran yang membina. Oleh itu pemilihan lokasi bagi menjalankan proses pembelajaran perlu menitikberatkan soal sumber atau bahan bagi membentuk proses mengajar yang boleh digunakan sepenuhnya bagi tujuan tersebut.

1.8       Hipotisis (huraikan isi ini)
            * Pandangan org ramai mural hanya sebagai hiasan dlm aspek formal.
            * Bagaimana pandangan org ramai /pelajar mengenai murak dlm aspek content
            * Tak ramai org/pelajar tak ambil tahu tentang content
            * Kerana mereka tak mau tahu atau tak tahu.
            * Kalau mereka tak tahu content kenapa jadi sedemikian.
            * Keberkesanan kurikulum dan p&p pendidikan seni (sejauhmana)

1.9       METODOLOGI  KAJIAN

Metodologi kajian adalah ilmu-ilmu kaedah kajian. Bagi mempermudah dan menyempurnakan sesebuah kajian penyelidik harus memilih kaedah yang bersesuaian  bagi menjamin kualiti penyelidikan atau dengan kata lain untuk memastikan persoalan kajian terjawab dengan baik. Kajian ini dibuat dalam bentuk  kualitatif deskriptif.

1.9.1        Pendekatan Kajian

Dalam kajian yang berasaskan teori pendekatan kajian adalah bidang ilmu yang digunakan mendekati atau menyelesaikan persolan yang hendak di kaji. Dalam kajian ini pendekatan kajian yang digunakan adalah pendekatan estetik dan pendekatan budaya.

1.9.2        Jenis Data
Tiga jenis data digunakan dalam kajian ini terdiri dari data bercetak, data lisan dan data artifak

1.9.2.1  Data Bercetak
Data bercetak adalah data-data dalam bentuk tulisan seperti inskripsi, tulisan, majalah, jurnal atau buku-buku.

1.9.2.2  Data Lisan
Data lisan adalah data-data dari cerita-cerita, atau sumber lisan yang lain. Dalam kajian ini data lisan adalah cerita-cerita dari pelajar dan warga pendidik

1.9.2.3  Data artifak
Data artifak adalah data-data dari produk hasil ciptaan manusia. Dalam kajian ini data artifak adalah dari mural-mural yang terdapat di sekolah-sekolah.

1.9.3        Sumber Data
Tiga kategori sumber data digunakan dalam kajian ini seperti sumber primer, sumber sekunder dan sumber tertier.

1.9.3.1  Sumber Data Primer
Sumber data primer adalah data utama dari orang atau produk yang dikaji. Dalam kajian ini data primer diperolehi dari pembuat mural, pelajar dan warga pendidik di daerah Kerian Perak.

1.9.3.2  Sumber Data Sekunder
Sumber data skunder adalah data yang diperolehi dari sumber data yang kedua seperti dari tulisan-tulisan, buku-buku atau cerita-cerita. Dalam kajian ini sumber sekunder diperoleh dari tulisan atau pendapat ibubapa atau penduduk setempat.


1.9.3.3  Sumber Data Tertier
Sumber data tertier adalah data yang diperoleh dari sumber ketiga. Dalam kajian ini sumber tertier adalah tulisan-tulisan yang diperolehi dari pejabat pendidikan daerah dan pejabat daerah.

1.9.4        Kaedah Pengumpulan Data
Dalam kajian ini, pengumpulan data dilakukan dengan beberapa kaedah antaranya adalah kaedah temuramah, kaedah pemerhatian dan kaedah kajian pustaka.

1.9.4.1  Kaedah Temuramah
Data dalam bentuk lisan dikumpulkan dengan kaedah temuramah. Antara kaedah temuramah yang digunakan adalah kaedah temuramah bebas dan kaedah temuramah petunjuk umum. Semasa proses temuramah teknik rakaman audio digunakan untuk mempermudahkan penyelidik. 

1.9.4.2  Kaedah Pemerhatian
Data dalam bentuk artifak dan tingkahlaku dikumpulkan dengan menggunakan kaedah pemerhatian. Semasa proses pemerhatian teknik rakaman audio visual digunakan untuk mempermudahkan penyelidik.

1.9.4.3  Kaedah Kajian Pustaka
Data bercetak pula dikumpul dari dokumen-dokumen, tulisan-tulisan dari pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan Pihak Pentadbiran sekolah. Selain dari data tersebut  buku-buku dan kajian sebelumnya yang bersesuaian dengan kajian juga diambil kira.

1.9.5        Kaedah Verifikasi Data
Setelah proses pengumpulan data dilakukan, kesemua data-data yang diperolehi perlulah ditentukan kesahannya. Kaedah verifikasi data dapat dilakukan melalui pemerhatian ke atas empat kriteria iaitu darjah kepercayaannya (credibility), pemindahan (transferability), pergantungan (dependability), dan pengesahan (confirmability).  Data yang telah dikumpulkan dipastikan darjah kepercayaannya melalui beberapa jenis pengesahan. Data yang sah digunapakai manakala data yang diragui keabsahannya digantung sebagai data yang samar.

1.9.5.1 Triangulasi Data
Triangulasi merupakan satu teknik menentukan keesahan data dengan membuat   perbandingan di antara data - data yang diperolehi. Bagi memastikan data yang diperolehi adalah sah darjah kepercayaannya, beberapa kaedah triangulasi dibuat seperti pemerhatian dalam tempoh  yang panjang, keesesuaian dengan teori yang digunakan, perbincangan dengan pakar dalam bidang yang bersesuaian dengan sumber data dan pemeriksaan kembali di kalangan pengkaji. Segala data yang diperolehi disesuaikan dengan data-data yang lain sebagai contoh, foto yang diambil semasa kaedah pemerhatian disesuaikan dengan teori yang diperoleh dari buku-buku untuk menentukan keesahan data.

1.9.5.2  Pemindahan Data
Data-data yang telah disahkan seterusnya dikelompokkan mengikut kelompok sumber. Sebagai contoh data-data yang berkaitan dengan estetik dikelompokkan dalam sub estetik. Setelah semua data yang telah diverifikasi terkumpul pengkaji membuat huraian terperinci (thick description) terhadap data - data yang diperolehi dengan mengaitkan suatu data dengan suatu data yang lain.

1.9.5.3  Penggantungan Data
Pergantungan data merupakan kriteria verifikasi data yang terakhir sebelum membuat penafsiran. Pengkaji telah membuat penafsiran dengan melakukan audit kebergantungan di mana ia merupakan pemeriksaan data-data yang diperoleh dengan melihat saling kebergantungan setiap data sehingga akhirnya membentuk satu dapatan yang dapat dipercayai. Audit pengesahan digunakan bagi mendapatkan pengesahan melalui rujukan penyelidik lain, buku-buku, penulisan terdahulu dan sebagainya supaya data yang diperoleh dapat digunapakai.


1.9.6        Kaedah Analisis Data
Penelitian data-data terkumpul yang telah diverifikasi sama ada data bertulis seperti dokumen-dokumen, transkrip, pengunjuran, rekod-rekod catatan, dan gambar - gambar yang dirakam dalam proses mengumpul data dianalisis bagi tujuan menyelesaikan persoalan kajian yang dikaji. 
Proses menganalisis data dimulakan dengan melakukan penelitian ke atas semua data yang telah dikumpulkan dari pelbagai sumber data. Data yang terkumpul ini kemudian dirangkumkan dengan memperlihatkan saling berkaitan di antara setiap data.  Data-data ini pula seterusnya disusun ke dalam unit - unit berlainan mengikut katogorinya. 
Catatan dilakukan ke atas data - data yang sudah dikelaskan bagi mengelak pengkaji daripada terlepas pandang, leka, lalai, tertinggal, tersalah tafsir ataupun terlupa maklumat yang diperolehi. Akhirnya pengkaji membuat huraian dengan menganalisis dan mentafsir data.  Dalam tempoh kajian, data yang dikumpulkan sentiasa dianalisis secara induktif selama penelitian berlangsung dengan mengolah data - data supaya dapat diterjemahkan dalam bentuk yang lebih mudah dibaca, difahami dan diinterpretasikan.

1.9.7        Penarikan Kesimpulan
Setelah data yang diverifikasi telah di interepetasi proses penarikan kesimpulah dlakukan. Proses penarikan kesimpulan adalah merupakan jawapan dari persoalan yang dikaji.

!.9.8     POPULASI DAN SAMPLE
1.9.8.1  Populasi
Populasi kajian terdiri dari pelajar sekolah dan warga pendidik sekolah menengah di sekolah terpilih di daerah Kerian Perak

1.9.8.2  Sample
Pemilihan sample dibuat secara rawak menggunakan pendekatan ?

1.10     PERANCANGAN  PENULISAN  TESIS

Bab 1  Pendahuluan (disesuikan dgn proposal)
1.1  Pendahuluan
1.2  Latar Belakang Persoalan
1.3  Persoalan Kajian
1.4  Fokus Kajian
1.5  Tujuan Kajian
1.6  Faedah Kajian
1.7  Landasan Teori
1.8  Metodologi Kajian
1.9  Perancangan Penulisan Tesis

Bab 2  Latar Belakang Sejarah dan Sosio Budaya Daerah Kerian Perak
2.1. Latar Belakang Sejarah Daerah Kerian
2.2. Latar belakang Sosio Budaya Daerah Kerian
-          Struktur penduduk
-          Demografi
-          Ekonomi
-          Pendidikan
2.3 Latar Belakang Sejarah Sekolah Yang Dikaji
-          Jenis sekolah
-          Kategori sekolah
-          Pencapaian sekolah
-          Iklim/suasana sekolah
-          Warga pendidik
-          Pelajar

Bab 3  Jenis Mural yang Terdapat di Sekolah Daerah Kerian Perak
3.1  Mural Pelengkap
3.2  Mural Estetik
3.3  Mural Seni
3.4  Lokasi Mural di Sekolah

           Bab 4  Tahap Apresiasi Mural Di kalangan Pelajar dan Warga Pendidik  Daerah Kerian
4.1  Tahap Apresiasi Mural di kalangan Pelajar sekolah Menengah Di daerah Kerian
4.2  Tahap Apresiasi Seni di kalangan Warga Pendidik Daerah Kerian

Bab 5  Kesimpulan dan Cadangan

5.1    Kesimpulan
5.2    Cadangan

* Sertakan Bibliografi di akhir proposal

PROSES MEMBUAT CERAMIK (UPSI)

memahami proses merekabentuk dan menganalisa segala permasalahan yang timbul dalam teknologi pembuatan seramik

















lanjutan seramik. di studio seramik upsi!

PROSES MEMBUAT SERAMIK

Seramik bukan-berkristal ( Non-crystalline ), asal kaca, cenderung terbentuk dari cecair. Kaca dibentuk ketika cair sepenuhnya, melalui acuan, atau ketika dalam bentuk lembik, melalui cara meniup ke  dalam acuan. Bahan seramik berkristal tidak sesuai untuk bentuk pemprosesan yang luas. Kaedah untuk mengendalikan mereka biasanya terbahagi kepada dua – sama ada menjadikan seramik dalam bentuk yang dikehendaki, melalui reaksi ketika itu ( insitu ), atau dengan membentuk serbuk dalam bentuk diingini, dan kemudian ( sintering ) untuk membentuk pepejal .Beberapa kaedah pula menggunakan pendekatan gabungan antara kedua kaedah pembuatan di situ. ( In situ )Kegunaan utama kaedah ini adalah penghasilan simen dan konkrik ( concrete ).

Di sini, serbuk kering dicampur dengan air,dan memulakan reaksi hydrasi, yang menghasilkan kristal saling berpaut panjang sekeliling aggregates. Lama-kelamaan, iniakan menghasilkan seramik pejal. Masalah utama dengan kaedah ini adalah kebanyakan reaksi terlalu pantas untuk pengaulan yang baik, yang menghalang pembinaan besar-besaran. Bagaimanapun, sistem berskala kecil boleh dilakukan dengan teknik deposit( deposition techniques ), di mana pelbagai bahan diletakkan di atas bahan asas ( substrate ), dan bertindakbalas dan membentuk seramik atas bahan asas ( substrate ). Teknik yang dipinjam dari industri semikonduktor, seperti chemicalvapour deposition, dan amat berguna untuk lapisan.

Kaedah ini cenderung untuk menghasilkan seramik yang pejal tetapi agak lambat.Kaedah berasaskan pembakaran sintering Prinsip kaedah berasaskan pembakaran ( sintering ) adalah mudah. Apabila objek yang dibentuk secara kasar (dikenal isebagai "bentuk hijau - green body"), ia dibakar di dalam relau, di mana proses penyepaduan diffusion menyebabkan bentuk hijau mengecut, dan menutup liang padanya, menghasilkan bahan yang lebih kukuh dan padu. Pembakaran ini dilakukan pada suhu rendah dari tahap cair seramik. Keporosan akan hampir sentiasa tinggal, tetapi kelebihan kaedah ini adalah badan hijau boleh dibentuk dalam sebarang bentuk yang diingini, dan masih boleh di bakar. Ini menjadikan kaedah ini kae  dahpaling mudah. Terdapat beribu cara p  enghalusan dalam proses ini. Sebahagian yang biasa termasuk menekan badan hijau untuk memberikan penyepaduan densification permulaan awal dan mengurangkan masa pembakaran yang diperlukan. Kadangkala pelekat organik ditambah bagi mengekalkan bentuk badan hijau, yang akan hilang terbakar ketika pembakaran. Kadang kala pelicin organik ditambah ketika pemampatan untuk meningkatkan lagi penyepaduan. Bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi menggabungkan kesemua tersebut, dan menambah pengikat dan pelicin kepada serbuk dan dimampatkan sebelum dibakar.
Adunan juga boleh digunakan bagi menggantikan serbuk, sebelum dibentuk dengan acuan kepada bentuk yangdiingini, dikeringkan dan dibakar. Malah, barangan tembikar traditional dihasilkan melalui kaedah ini, menggunakanadunan yang dibentuk dengan menggunakan tangan. Jika campuran pelbagai bahan digunakan bersama sebagai seramik, kadang kala suhu pembakaran melebihi tahap cairsalah satu bahan campuran  pembakaran fasa cair. Ini menghasilkan tempoh pembakaran yang lebih pendek berbandingpembakaran bentuk pejal.

Beberapa applikasi seramikBeberapa abad dahulu, penyelidikan di syarikat Toyota telah menghasilkan enjin seramik yang mamp  u bergerak pada suhusehingga 6000°F (3300°C). Enjin seramik tidak memerlukan sistem penyejukan dan dengan itu membenarkan penyingkiransistem penyejukan, pengurang berat yang utama, dan penjimatan minyak yang lebih baik. Keberkesanan bahanapi (Fuelefficiency ) enjik juga meningkat pada suhu lebih tinggi. Dalam enjin logam biasa, kebanyakan tenaga yang dibebaskan daribahan api mesti dibebaskan sebagai haba buangan agar bahagian logam dalam enjin tidak cair. Walaupun dengan kelebihan ini, enjin sebegitu tidak dihasilkan kerana penghasilan bahagian enjin seramik amatsukar. Kecacatan pada seramik akan mengakibatkan keretakan enjin. Enjin sebegitu hanya dapat dihasilkan dalam makmalpenyelidikan, tetapi kesukaran untuk penghasilan secara besar-besaran menghalang enjin seramik daripada menjadibarangan pengilangan yang terjamin mutu pengeluarannya.

Glazing Glaze

Glazeing Glaze adalah lapisan kaca pada tembikar, tujuan utama dari yang hiasan dan perlindungan. Salah satu penggunaan pentingdari glasir adalah untuk membuat kapal gerabah keropos kalis air dan cecair yang lain. Glaze boleh dilaksanakan oleh debukomposisi unfired atas ware atau dengan semburan, merendam, miring atau memberus pada bubur tipis terdiri daripadaunfired g  lasir dan air. Warna lapisan ais sebelum ini telah dipecat mungkin jauh berbeza daripada sesudahnya. Untuk mengelakkan barang-barang kaca menempel kiln furniture selama pembakaran, baik sebahagian kecil daripada objek yangdipecat (contohnya, kaki) dibiarkan tanpa glasir atau, sebagai alternatif, khusus tahan api "taji" digunakan sebagai penyokong. Ini adalah dihapuskan dan dibuang selepas tembakan. 

Beberapa teknik kaca khusus meliputi:Garam-kaca, di mana garam dapur diperkenalkan untuk kiln semasa proses pembakaran. Suhu tinggi menyebabkan garam ke volatize, menyimpannya pada permukaan ware untuk bertindak balas dengan tubuh membentuk natrium alumino silikatGlaze. Pada abad ke-17 dan 18, garam-kaca digunakan dalam pembuatan tembikar dalam negeri. Sekarang, kecuali untuk digunakan oleh beberapa tembikar studio, proses ini usang. Aplikasi skala besar terakhir sebelum kehancurannya dalam menghadapi sekatan persekitaran udara bersih adalah dalam pengeluaran paip saluran pembuangan garam-berlapisAs-kaca - abu dari pembakaran bahan tanaman telah digunakan sebagai komponen fluks glazes. Sumber abu umumnya sisa pembakaran dari bahan bakar kiln meskipun potensi yang berasal dari sisa abu ditanami tanaman telah diteliti.




SERAMIK

Perkataan seramik diambil dari perkataan bahasa Inggeris ( ceramic ) berasal dari Yunani, dan secara harafiahnya merujukkepada kepada semua bentuk tanah liat. Bagaimanapun, penggunaan istilah moden meluaskan penggunaannya untukmerangkumi bahan bukan logam bukan organik. Sehingga tahun 1950an, yang paling penting adalah tanah liat traditional,yang dijadikan barangan tembikar ( pottery ), batu bata, tile, dan seumpamanya, bersama dengan simen dan kaca. Kraftradisional dijelaskan dalam rencana tembikar. Secara sejarah, barangan seramik adalah keras, poros, dan mudah pecah. Kajian mengenai seramik sebahagianbesarnya bertujuan untuk mengurangkan masalah tersebut, dan meningkatkan kekuatan bahan seramik.

Hal ini diyakini Bahawa barang-barang gerabah paling awal adalah tangan dibina dan dipecat dalam api  unggun. kaliMemecat yang singkat tapi puncak-suhu semua dalam api boleh tinggi, mungkin di kawasan-kawasan 900 ° C, Dan mencapai sangat cepat. Tanah liat temper dengan pasir, grit, shell dihancurkan atau tembikar dihancurkan sering digunakanuntuk membuat keramik api unggun-dipecat kerana mereka memberikan tekstur yang terbuka-tubuh yang membolehkan airdan bahagian-bahagian volatil lain dari tanah liat untuk melarikan diri dengan bebas. zarah kasar itu di tanah liat jugabertindak untuk menahan  penyusutan dalam tubuh barang-barang selama pendinginan yang dilakukan perlahan-lahan untukmengurangkan risiko stres terma dan cracking. Pada umumnya, barang-barang berbahan bakar api unggun awal dibuat dengan pantat bulat untuk mengelakkan sudut ta  jam yang mungkin terdedah terhadap cracking. Kiln sengaja-dibina palingawal adalah pit-tanur atau-parit tanur - lubang digali di tanah dan ditutup dengan bahan bakar.

Lubang di tanah yangdiberikan insulasi dan mengakibatkan kawalan yang lebih baik atas pembakaran. Objek seramik paling awal terkenal adalah patung-patung Gravettian seperti yang ditemui di Dolni Vestonice di Republik Czech moden. Venus dari Dolni Věstonice(Věstonická Venuše di Czech) adalah patung Venus, patung sosok wanita telanjang tarikh ke 29,000-25,000 (industriGravettian) SM. Kapal tembikar tertua yang ditemui termasuk yang digali dari Gua Yuchanyan di selatan China, tarikh dari16.000 SM , dan yang ditemui di lembah Sungai Amur di Timur Jauh Rusia, tanggal dari 14.000 SM Kenderaan air yang lain tembikar dahulu termasuk yang dibuat oleh orang-orang Jomon baru jadi Jepun daripada10.500 SM juga telah dijumpai.

Istilah "Jomon" bermaksud "tali-ditandakan" dalam bahasa Bahasa Jepun. Hal ini merujukpada tanda yang dibuat pada pembuluh dan tokoh menggunakan kayu dengan tali selama pengeluaran mereka. Nampaknya tembikar yang dibangunkan secara bebas di Afrika Utara se  lama 10.000 SM dan di Amerika Selatan selama 10.000 SMPada beberapa kebudayaan, kapal paling awal dibuat baik dengan tangan atau dengan membentuk tanah liat rolling ke tipispusingan kabel yang kemudian digulung bulat pada dirinya sendiri untuk membentuk kapal. Sejarah awal pengeluarangerabah di Timur Dekat boleh dibahagikan kepada empat tempoh, iaitu: tempoh Hassuna (5,000-4,500 SM), tempoh Halaf(4,500-4,000 SM), pada tempoh Ubaid (4,000-3,000 SM), dan yang Uruk tempoh (3,500-2,000 SM). Penemuan roda tembikar di Mesopotamia kadang antara 6,000 dan 4,000 SM (Ubaid tempoh) merevolusipengeluaran gerabah. tembikar khusus kemudian mampu memenuhi keperluan perluasan kota pertama di dunia.

 Tembikar ini digunakan di India kuno selama Mehrgarh Tempoh II (5,500-4,800 SM) dan Merhgarh Tempoh III (4,800-3,500 SM),yang dikenali sebagai Neolitik keramik dan chalcolithic. Pottery, termasuk item yang dikenali sebagai kapal ed-Dur, berasaldari daerah lembah Indus dan telah ditemui di sejumlah halaman dalam peradaban lembah. Indus. Di Mediterranean, selama Abad Kegelapan Greek (1,100-800 SM), kan-kan sambil gerabah yang lain dihiasi dengandesain geometri seperti tempat, lingkaran dan garis. Tempoh antara 1,500-300 SM di Korea kuno ini dikenali sebagaiZaman Tembikar Mumun.

 Pada tempoh Chalcolithic di Mesopotamia, tembikar Halafian mencapai tahap kecekapanteknikal dan kecanggihan, tidak kelihatan sampai perkembangan selanjutnya dari gerabah Yunani dengan Corinthian danAttic ware. The Red ware khas Samian dari Empayar Rom awal disalin dengan tembikar daerah di seluruh Empayar.Sejarah seramik MalaysiaSeni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu. Ini terbukti dengan penemuan tembikar di Gua Cha,Kelantan. Bukit Tambun, Ipoh, Perak, Bukit Tengku Lembu, Perlis dan Ulu Tembeling, Pahang. Kebanyakan tembikaryang dijumpai mempunyai ciri-ciri barangan harian. Tembikar berbentuk periuk, belanga dan kukusan merupakan yangpaling awal dicipta oleh tukang  tempatan. Bentuk tembikar yang dijumpai mempunyai persamaan dari segi susunan motif,ketebalan, dan dibuat melalui teknik pembakaran bersuhu rendah yang bewarna coklat, hitam dan kelabu gelap.

Walaubagaimana pun, barangan tembikar yang dihasilkan oleh setiap negeri mempunyai teknik pembuatannya yang tersendiriserta dipengaruhi oleh budaya latar belakang si pembuat. Hari ini masyarakat masih meminatinya kerana nilai estatik yangterdapat pada tembikar tersebut sendiri sama ada untuk hiasan atau cenderamata. Sebagai contoh ialah labu hitam yang rupa bentuknya diilhamkan daripada buah labu dan masih mengekalkan ciri pembuatan secara tradisional. Terdapat beberapakawasan di Malaysia yang terkenal dengan penghasilan seni tembikar. Antaranya ialah Sayong dan Pulau Tiga di Perak,Mambong di Kelantan dan di Serawak.Ciri-ciri mekanikalBahan seramik biasanya ( bahan ionic atau berkaca. Kedua-dua bahan ini hampir selalunya pecah sebelum sebarangkecacatan plastik ( plastic deformation ) berlaku, yang menyebabkan bahan ini kurang kukuh.

Tambahan lagi, disebabkan bahan ini cenderung berciri poros, liang dan kecacatan mikroskopik bertindak sebagai penumpu tekanan, mengurangkan kekuatan, dan tensile strength. Kedua-dua ini memberikan kecenderungan kepada bahan seramik gagal keseluruhannya dan berkecai, berbanding dengan kegagalan perlahan-lahan bahan logam yang membengkok sebelum patah. Bahan ini menunjukkan kecacatan plastik (boleh membengkok dan bukannya patah). Bagaimanapun, akibat strukturkaku bahan membentuk kristal ( crystalline ), terdapat hanya sedikit sistem gelinciran untuk pengkehelan berlaku, oleh ituia berlaku secara perlahan-lahan. Dengan bahan tidak berkristal ( non-crystalline ) bahan ber(kaca), pengaliran kelikatan( viscous ) merupakan sumber kecacatan plastik, dan juga amat perlahan. Ia dengan itu diabaikan dalam kebanyakanappplikasi bahan seramikBahan seramik amat kukuh dibawah tekanan, dan mampu beroperasi pada suhu tinggi. Kekerasannya menjadikan ia sesuaiseba  gai bahan pengkakis, dan mata pemotong dalam perkakasan. 

BIG BOX SALE (SRI KEMBANGAN)

Berikut  adalah koleksi buku-buku seni 
Rujukan Universiti pendidikan Sultan Idris!








CETAKAN STENSIL

Satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. Antara jenis-jenis cetakan ialah Cetakan timbulan, Cetakan benam/intaglio, Cetakan stensil/serigraphy  dan Cetakan planografi/litografi.

#KREADIT TO MIMI SAKINAH ANAK JATI KELANTAN!





POSTER (MAKRO)

Poster ialah suatu bentuk rekaan grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, warna dan reka letak yang digubah untuk menyampaikan maklumat secara mudah. Poster merupakan satu elemen dalam promosi, kempen  dan sebagainya. Kebiasaannya, rekabentuk  poster bersifat 2D meliputi bahan yang  dilukis, dicat, ditulis atau dicetak.

#KREADIT TO FAEZAH anak jati SABAH!