SENI ITU INDAH

SENI ITU INDAH
“Bad art is more tragically beautiful than good art because it documents human failure.”

Sunday 6 April 2014

SUKATAN PELAJARAN PSV

1.0       Pengenalan


 
Globalisasi ialah satu ideologi perubahan budaya, sosial, dan politik yang dicetuskan oleh kemajuan pesat ICT. Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya (Abd. Rahim, 2005). Perubahan ini memberikan kesan sama ada positif dan juga negatif kepada masyarakat di negara membangun. Profesion keguruan juga terjebak dalam pengaruh ini yang merupakan trend dan ideologi abab ke-21.
ICT memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistem dan pengurusan pendidikan di negara-negara membangun seperti Malaysia. Dengan penubuhan MSC, wawasan ICT ialah memacu Malaysia menjadi negara yang berdaya maju dan kompetitif sesuai dengan cabaran globalisasi dan era teknologi maklumat. Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan ICT memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan, di samping kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahan abab ke -21. Menurut Ward & Peppard (2003), ICT merujuk kepada teknologi (hardware, software, telecomunication dan networks). Sesuatu yang nyata (tangible) contohnya komputer peribadi, servers, routers, kabel dan sesuatu yang tidak nyata (intangible) contohnya software.

Perkembangan pendidikan baharu dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan peranan pendidikan dan profesion keguruan. Negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Latihan pendidikan guru juga memerlukan perubahan paradigma bagi melahirkan guru-guru yang berkelayakkan dan berkebolehan mendidik dan membangunkan masyarakat dan negara. Abdul Rahim (2005) menyatakan bahawa globalisasi yang meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran terhadap guru bagaimana perancangan pengajaran dan pembelajaran serta dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat melalui ICT pengawalan dan penyeliaan, dan peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan. Menurut B. G.

Yaxley (1991), pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Beliau juga berpendapat bahawa pengajaran merupakan satu aktiviti intelek. Ia melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian. Misalnya, interaksi antara guru dengan pelajar dan di antara pelajar dengan pelajar. Pembelajaran pula ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia.

Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang. Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Hjetland (1995) menyatakan bahawa Technology can make our lives easier. Everyday tasks are simplified. Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran pembelajaran. K-Ekonomi merupakan isu utama yang disarankan oleh Perdana Menteri kita, maka seharusnya pengetahuan tentang teknologi maklumat adalah penting bagi guru-guru dalam membentuk generasi yang akan datang. Winston Churcil menyatakan empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda. Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengunpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.
Cabaran-cabaran globalisasi menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan pada peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menyediakan program pembangunan Pendidikan Teknik dan Vokasional yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik IT, berkemahiran, dan berakhlak mulia bagi memenuhi kehendak ini. Untuk menjayakan pelaksanaan program PTV dengan lebih berkesan, kemudahan infrastruktur ICT perlu disediakan dan dirancang dengan baik. Kemudahan ICT dapat membantu perlaksanaan kurikulum dengan berkesan. Pembelajaran bukan lagi tertumpu dengan kaedah pengajaran di bilik kuliah semata-mata. Penggunaan teknologi ICT perlu dieksploit sepenuhnya supaya memberikan kesan yang positif dalam pembelajaran pelajar. Penggunaan modul pembelajaran dalam bentuk CD-ROM, multimedia, simulasi dan sebagainya memerlukan prasarana yang bersesuaian.
ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information and CommunicationTechnology' yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat.
Teknologi  maklumat  boleh  ditakrifkan  sebagai  sebarang  kaedah  yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat Teknologi  Maklumat (Information  Technology)  atau  IT  dan Teknologi Maklumat  dan  Komunikasi (Information and Communication Technology)  atau  ICT  merupakan  teknologi  yang  diperlukan  untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek  dalam  pengurusan  dan  pemprosesan  maklumat.  Secara  tepat  dan mudah  penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran,pemprosesan  dan  penyimpanan  maklumat menggunakan  perantaraan  teknologi.  Teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen,telefon,  telefon  mudah  alih,  fax,  telegram,  PDA  dan  sistem  satelit  dalam  menyampaikan maklumat kepada penerima.
1.1       Teknologi Maklumat
Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Pada abad ke-20, banyak industri bertumbuh dengan pesat dalam membangunkan sektor elektronik, sektor pengkomputeran, dan juga bidang-bidang teknologi yang lain. Pada ketika itu, terdapat banyak penyelidikan telah dilakukan bagi membiayai inovasi serta permbaharuan dalam bidang jentera dan pengkomputan.Komputer komersil yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Pada akhir dekad 1970-an, penciptaan mikrokomputer dan diikuti oleh penciptaan komputer peribadi IBM pada tahun 1981. 

Sejak itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan dan mempunyai pelbagai fungsi.Pada ketika itu, generasi pertama menggunakan tiub vakum, manakala generasi-generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan transistor dan litar bersepadu.


. Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan denagan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu..Teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pendidikan, pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya untuk memperoleh maklumat, menyimpan maklumat, mengambil semula maklumat, memproses maklumat dan menyebarkan maklumat.
Guru-guru juga boleh memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber melalui ICT untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran ( P & P ) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit, dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan data, pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, internet, perisian persembahan dan lain-lainnya.Menurut Stair dan Reynolds (1999), tujuan utama sistem maklumat dan komunikasi adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamat-matlamatnya dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan “insight” ke atas operasi organisasi supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih berkesan dan lebih cekap.

Pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Tren semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.
Masa kini, semakin banyak bahan-bahan ditukarkan kepada bit-bit dalam komputer. Penukaran ini akan mencetuskan perubahan yang besar dalam penggunaan ruang di bandar. Misalnya penduduk bandar tidak perlu berada di sesuatu lokasi tetapi dapat merasai situasi tersebut melalui internet. Kes yang sama berlaku terhadap perpustakaan, apabila lebih banyak teks ditukarkan dalam bentuk bit. Pelajar atau penduduk tidak perlu sampai ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan tersebut.


 
Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan. Dengan berkembangnya perkhidmatan sedemikian pada masa depan, pengguna tidak perlu melangkah keluar dari rumah untuk membeli-belah. Di samping itu, mereka boleh membeli-belah 24 jam sehari tanpa gangguan kesesakan, cuaca dan jurujual yang membosankan. Selain itu, lokasi juga tidak menjadi masalah kerana perkhidmatan yang dibekalkan akan menjamin pembelian tersebut dijalankan dengan senang. Halangan yang wujud cumalah kos penghantaran yang mahal bagi lokasi yang jauh.

No comments:

Post a Comment