SENI ITU INDAH

SENI ITU INDAH
“Bad art is more tragically beautiful than good art because it documents human failure.”

Thursday 21 November 2013

KRAF DALAM PENDIDIKAN SENI

MAKSUD TEMBIKAR/ SERAMIK

Tembikar adalah sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah liat yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan rupa bentuk tembikar tersebut. Tembikar yang telah dibakar di dalam tanur memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air. Kegiatan perusahaan seni tembikar tradisional di Semenanjung Malaysia telahmula dikenali sejak zaman berzaman dan kini masih hidup perusahaannya diSemenanjung Malaysia. Tembikar merupakan lambang keindahan warisan kesenian yang lahir dari ketajaman ilham manusia. Perusahaan ini kebanyakan di usahakan oleh kaum wanita. 


Seni tembikar merupakan hasil seni kraf tangan yang diperbuat dari tanah liatyang diuli, diterap dengan pelbagai corak, diserap serta dibakar untuk menghasilkanrupa bentuk yang unik dan berseni. Tembikar yang terdapat di Sayong, daerah Kuala Kangsar, Perak yang dikenalisebagai Labu Sayong berwarna hitam. Mengikut sejarah Labu Sayong ini, apabila wujudnya buah labu tua yang dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikanbekas untuk menyimpan air. Labu hitam ini pada zaman dahulu adalah tempat untukmenyimpan air minuman. Keistimewaan labu hitam ini ialah airnya yang sejuk dandipercayai boleh menawarkan beberapa jenis penyakit seperti batuk, demam panas.


Ia juga digunakan sebagai bekas air sewaktu menziarahi tanah perkuburan. Bentuk Labu Sayong menekankan sifat semula jadi iaitu tanah liat serta teknikpenggunaan tangan. Rekaannya pula menggunakan motif alam sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga cengkih dan juga geometri yang harmoni. Oleh yang demikian, Labu Sayong tetap dikagumi dan diminati kerana bukan sahaja penggunaannya semata-mata tetapi kein-dahannya yang berasaskan nilai estetika barangan tembikar itu.


Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli.telah wujud di negara ini sejak beribu tahun dahulu. Ragambentuk dan ragam hias yang terdapat pada seitembikar melambangkan keunikan penciptaan tukang pandai Melayu. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia. Kebanyakan   tembikar yang dihasilkan  ini mempunyai ciri-ciri  kegunaan harian. Barangan tembikar yang dihasilkan oleh setiap negeri di Malaysia dapat   dibezakan antara satu sama lain melalui reka corak, reka bentuk atau warnanyakerana setiap negeri mempunyai teknik pembuatannya yang tersediri sertadipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat.Menggunakan bahan tanah liat yang dibentuk, dibakar dan digilap untukdijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, balang dan lain-lainlagi. Ia juga dikenali sebagai porselin wares dan seramik.


LIFE A STUDENT...





MENGIMBAU KENANGAN..