MAKSUD TEMBIKAR/ SERAMIK
Tembikar
adalah sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah liat yang telah
diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan
rupa bentuk tembikar tersebut. Tembikar yang telah dibakar di
dalam tanur memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air. Kegiatan perusahaan
seni tembikar tradisional di Semenanjung Malaysia telahmula dikenali sejak
zaman berzaman dan kini masih hidup perusahaannya diSemenanjung Malaysia.
Tembikar merupakan lambang keindahan warisan kesenian yang lahir dari
ketajaman ilham manusia. Perusahaan ini kebanyakan di usahakan oleh kaum wanita.
Seni tembikar merupakan hasil seni kraf tangan
yang diperbuat dari tanah liatyang diuli, diterap dengan pelbagai corak,
diserap serta dibakar untuk menghasilkanrupa bentuk yang unik dan
berseni. Tembikar yang terdapat di Sayong, daerah Kuala Kangsar, Perak
yang dikenalisebagai Labu Sayong berwarna hitam. Mengikut sejarah Labu
Sayong ini, apabila wujudnya buah labu tua yang dikeluarkan isinya dan
dibersihkan sebelum dijadikanbekas untuk menyimpan air. Labu hitam ini
pada zaman dahulu adalah tempat untukmenyimpan air minuman. Keistimewaan labu
hitam ini ialah airnya yang sejuk dandipercayai boleh menawarkan beberapa jenis penyakit seperti batuk, demam panas.
Ia juga digunakan sebagai bekas air sewaktu menziarahi tanah
perkuburan. Bentuk Labu Sayong menekankan sifat semula jadi iaitu
tanah liat serta teknikpenggunaan tangan. Rekaannya pula menggunakan motif
alam sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga cengkih
dan juga geometri yang harmoni. Oleh yang demikian, Labu Sayong tetap dikagumi dan diminati kerana bukan sahaja penggunaannya
semata-mata tetapi kein-dahannya yang berasaskan nilai estetika barangan
tembikar itu.
Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang
asli.telah wujud di negara ini sejak beribu tahun dahulu. Ragambentuk dan
ragam hias yang terdapat pada seitembikar melambangkan keunikan penciptaan
tukang pandai Melayu. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang
dihasilkan di Malaysia. Kebanyakan tembikar yang dihasilkan ini mempunyai ciri-ciri kegunaan harian. Barangan tembikar yang
dihasilkan oleh setiap negeri di Malaysia dapat dibezakan antara
satu sama lain melalui reka corak, reka bentuk atau warnanyakerana setiap
negeri mempunyai teknik pembuatannya yang tersediri sertadipengaruhi oleh
budaya dan latar belakang si pembuat.Menggunakan bahan tanah liat yang
dibentuk, dibakar dan digilap untukdijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, balang dan lain-lainlagi. Ia juga
dikenali sebagai porselin wares dan seramik.
No comments:
Post a Comment