SENI ITU INDAH

SENI ITU INDAH
“Bad art is more tragically beautiful than good art because it documents human failure.”

Sunday 6 April 2014

CD INTERAKTIF

KEPENTINGAN CD INTERAKTIF

 
Pelaksanaan bahan bantu belajar seperti Cakera Padat Pendidikan dilihat mempunyai beberapa kepentingan yang utama. Salah satu daripadanya ialah meningkatkan minat pelajar untuk mendalami sesuatu ilmu. Cakera padat interaktif seperti CD Rom Pendidikan Seni Visual salah satu produk pendidikan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaannya yang bersifat interaktif mampu membentuk minat dan dorongan belajar kepada semua murid. Hasil penyelidikan yang dilakukan oleh Baharudin (2005) mendapati bahawa penggunaan teknologi dalam bilik darjah harus diberi keutamaan bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.


Penggunaan alat berteknologi seperti komputer, cakera padat interaktif dan bahan bantu belajar yang lain dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah alternatif yang produktif dalam proses perpindahan maklumat dan kemahiran. Selain itu, ekses guru dan pelajar dapat ditingkatkan melalui penggunaan komputer. Hal ini kerana penggunaan komputer dapat meningkatkan penyerapan maklumat kerana ia melibatkan media grafik bergambar, video dan sistem pemprosesan maklumat yang pantas dan teratur. Kelebihan ini membawa kepada pengatasian had masa dan ruang.

Pedretti (1999) iaitu seorang pengkaji juga mempunyai pendapat yang hampir serupa seperti mana yang dinyatakan di atas. Menurut kajian yang dilakukannya telah menunjukkan bahawa guru yang bijak mengaplikasikan komputer dan bahan bantu belajar yang lain mampu membuat pelbagai pembaharuan dalam menjalankan tugasnya sebagai perantara keilmuan kepada sasarannya. Seterusnya seorang lagi pengkaji yang bernama Cox (1999), telah menyatakan bahawa guru-guru yang sering menggunakan komputer dan bahan bantu belajar yang lain dalam melaksanakan tanggungjawabnya dan mempunyai keyakinan yang tinggi dalam mengunakan ICT dan lain-lain bahan bantu belajar seperti projektor, LCT CD dan sebagainya. Hal ini adalah kerana mereka percaya bahawa penggunaan alat berteknologi seperti ini dapat meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menarik, mudah dan lebih seronok.

Daripada kajian yang telah dilakukan oleh beberapa orang pengkaji akademik jelas menunjukkan bahawa penggunaan komputer dan bahan bantu belajar seperti cakera padat interaktif pendidikan banyak memberikan manfaat dan kepentingan yang tidak hanya kepada pelajar secara keseluruhannya, malah turut memberikan manfaat kepada guru khususnya dalam aspek peningkatan kemahiran dan pengetahuan berkenaan dengan penggunaan komputer.

ASPEK  INTERAKTIF

Perisian dibina dengan tujuan untuk menghasilkan persekitaran kaya maklumat bagi memberi peluang kepada pelajar untuk ‘browse’ dan menjelajahinya. Terdapat banyak tajuk-tajuk CD di pasaran yang boleh digunakan untuk memperkayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam menggunakan pelbagai bentuk bahan bantu belajar terutamanya cakera dapat (CD) interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran, CD tersebut perlu memiliki beberapa aspek interaktif bagi menjadikannya lebih efektif dan berguna dalam membantu pelajar untuk meningkatkan minat dan pengetahuan mereka terhadap bidang keilmuan.
Oleh yang demikian, cd Interaktif Pendidikan Seni Visual dijadikan sebagai bahan utama untuk melihat aspek-aspek interaktif. Ciri-ciri yang perlu ada dalam perisian kursus Multimedia dalam Pendidikan adalah seperti gambar, bunyi, suara, animasi, teks dan video. Keenam-enam elemen ini adalah perlu dalam menjadikan persekitaran pembelajaran menjadi lebih interaktif.

MUZIK

Unsur bunyi adalah antara aspek yang boleh menggambarkan keinteraktifan sesebuah media mengajar. Kajian yang dijalankan oleh Wan Noraini mengenai integrasi multimedia dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Daripada analisis yang dijalankan oleh beliau mandapati bahawa menyelitkan unsur bunyi-bunyian, suara dan muzik. Dalam kajian, kesemua unsur ini adalah suatu yang dapat merangsang minda dan perkembangan murid dalam mempelajari sesuatu. Dalam pada itu, 24% daripada keseluruhan respondan yang dikaji juga menyatakan bahawa mereka tahu merakan suara menerusi penggunaan komputer dan cakera padat. Dalam erti kata yang lain, kepentingan ketiga-tiga unsur ini iaitu bunyi, suara dan muzik adalah antara aspek penting dalam membentuk sebuah cakera padat interaktif yang dapat membantu pelajar dalam meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mereka terhadap sesuatu ilmu pembelajaran.


Berdasarkan kepada  Pendidikan Seni Visual, ketiga-tiga elemen ini turut terkandung dalam cakera padat pembelajaran tersebut. Unsur bunyi meliputi beberapa bunyi . Sementara itu, unsur suara juga terkandung dalam CD berkenaan. Contoh lain ialah pengeluar memasukkan suara yang menerangkan arahan kepada soalan. Contohnya ‘klik butang bunyi untuk mendengar petikan’ yang dimasukkan dalam ruangan soalan. Apabila pelajar mengikuti arahan ini iaitu dengan menakan butang ‘bunyi’, maka CD tersebut akan menceritakan atau menyebutkan petikan cerita sebelum mengkehendaki pelajar menjawab soalan yang diberikan.

Animasi lain yang turut dimuatkan dalam animasi contohnya ialah pergerakan burung yang memberikan arahan kepada pelajar berkenaan dengan sesuatu topik. Dalam keadaan ini, peranan burung tersebut adalah seperti seorang pendidik dalam memberikan arahan kepada pelajar. Penggunaan haiwan seperti burung ini bertujuan untuk merangsang tindakan kanak-kanak kerana sifat mereka yang sukakan kepada haiwan seperti burung. Daripada ciri-ciri gerakan dan animasi ini, jelas menunjukkan bahawa CD pembelajaran ini sangat menitik beratkan elemen-elemen hiburan seperti komik yang menjadi ikutan dan minat kepada kebanyakan kanak-kanak.Animasi dan gerakan adalah ciri interaktif yang wujud dalam CD Rom Pendidikan Seni Visual. Salah satu animasi yang wujud dalam CD tersebut ialah animasi. Pergerakan atau animasi yang diselitkan dalam CD membawa pelajar seperti menonton sebuah cerita komik dalam televisyen. Dalam erti kata lain, pelajar seolah-olah sedang mengikuti satu cerita komik walaupun pada hakikatnya mereka sedang belajar. Penekanan konsep seperti ini adalah selaras dengan matlamat pembelajaran pada peringkat awal itu berhibur sambil belajar di mana hiburan adalah elemen pertama dalam menarik minat belajar pelajar.
 TEKS
Antara elemen lain yang wujud dalam CD Interaktif ialah kandungan teks yang ringkas dan mudah untuk difahami oleh pelajar. Sifat teks yang sederhana juga membolehkan pelajar melihatnya dengan jelas. Dalam pada itu, teks yang dimuatkan dalam CD juga mempunyai pelbagai warna dan bentuk. Pencirian teks yang pelbagai ini dan berwarna warni ini membuktikan bahawa pengeluar sangat mementingkan keceriaan kerana aspek-aspek seperti ini akan memberikan satu suasana pembelajaran yang ceria dan menghiburkan tanpa memberikan sebarang tekanan kepada pelajar dalam menuntut ilmu.

VIDEO
Untuk menjadikan sesebuah CD pembelajaran interaktif itu menjadi lebih menarik dan menghiburkan, unsur video juga sepatutnya dimuatkan dalam sistem pembelajaran interaktif tersebut. Walau bagaimanapun, dalam CD Rom Pendidikan Seni visualyang dikaji, tidak terdapat satu pun elemen video. Video adalah tayangan yang dirakam daripada satu situasi sebenar dan dimutkan dalam CD pembelajaran sebagai suatu perkara yang boleh membawa pelajar kepada alam realiti kehidupan.Walaupun pelajar sedang belajar, namun sesuatu video yang dimuatkan dalam sesuatu CD pembelajaran akan memberikan motivasi kepada untuk mengikuti tau mencontohi nilai-nilai moral yang terdapat dalam video tersebut. Adalah menjadi sifat pelajar untuk menjadikan sesuatu perkara itu sebagai ikutan mereka seperti mana watak-watak komik yang dipertontonkan di kaca televisyen. Dengan memasuki elemen video ini ke dalam CD pembelajaran, ianya akan lebih menyeronokkan pelajar untuk menuntut ilmu dan mempelajari setiap kandungan CD pembelajaran tersebut. 

No comments:

Post a Comment