SENI ITU INDAH

SENI ITU INDAH
“Bad art is more tragically beautiful than good art because it documents human failure.”

Sunday 6 April 2014

MULTIMEDIA

Definisi Multimedia

      Perkataan ‘multimedia’ adalah gabungan dua perkataan iaitu 'multi' yang merujuk kepada maksud banyak atau pelbagai, manakala ‘media’ merujuk kepada atau alat atau bahan.Media merujuk kepada alat perantara komunikasi yang menghubungkan sesuatu sumber kepada sasarannya.Media juga dapat membantu manusia untuk menerima, menafsir atau dan menikmati kejadian di dalam persekitaran dengan lebih jelas. Terdapat pelbagai jenis media, antaranya ialah media cetak, media massa dan media elektronik.

      Robin dan Linda, 2001 menyata multimedia adalah  alat yang dapat menciptakan presentasi yang dinamis dan interaktif yang mempunyai kombinasi teks, audio, animasi, grafik dan video.ManakalaWahono, 2007 pula mengemukan pendapat  multimedia adalah perpaduan seperti teks, grafik, audio, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat kepada publik.Jamaluddin dan Zaidatun pula menyimpulkan bahawa kelima-lima media ini digabungkan untuk mewujudkan satu persembahan inovasi yang menarik dan berkesan.

      Dengan itu,secara pemahaman mudahnya, multimedia adalah media dan kandungan yang menggunakan lebih daripada satu media.Multimedia  merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat.

 Kebanyakkan gubahan multimedia terkini mengandungi teks dan grafik.Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia.Ia biasanya dirakam dan dimainkan, dipaparkan, atau diakses oleh peranti pemprosesan maklum seperti alat-alat berkomputer dan elektronik, tetapi juga boleh menjadi sebahagian daripada persembahan secara langsung.

 Kesimpulannya, multimedia adalah perpaduan pelbagai media berupa teks, audio, grafik, animasi dan video yang merupakan interaksi untuk meyampaikan informasi kepada pengguna dalam bentuk komputerisasi. Selain untuk tujuan pembelajaran, multimedia juga diintegrasikan untuk pembuatan aplikasi game,filem, animasi,pengiklanan,simulasi dan lain-lain.

ELEMEN-ELEMEN DALAM MULTIMEDIA

            Menurut Hofstetetter (1995), multimedia bermaksud integrasi elemen teks, audio, grafik, animasi dan video yang menggunakan komputer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan pengguna mengarah, berinteraksi, mereka cipta dan berkomunikasi agar proses pembelajaran menjadi lebih berkesan.
Sehubungan dengan itu berikut adalah merupakan gambaran bagi elemen-elemen yang digabungkan di dalam pengaplikasian multimedia. Elemen-elemen ini adalah terdiri daripada teks, animasi,grafik,audio dan juga video.
Teks


 
            Didalam bidang multimedia, teks adalah merupakan salah satu elemen yang sangat penting. Hal ini demikian kerana ia merupakan salah satu media yang sangat diperlukan didalam sesebuah perisian multimedia sama ada sebagai menu utama, system navigasi ataupun bg tujuan penyampaian sesuatu isi kandungan perisian. Teks juga adalah merupakan komponen asas multimedia yang menggunakan ruang stor yang paling sedikit jumlahnya berbanding dengan elemen-elemen multimedia yang lain seperti animasi,audio,video dan juga grafik.


Teks adalah terdiri daripada dua jenis iaitu teks linear dan teks tidak linear.Teks linear merujuk kepada struktur teks yang tradisional. Susunan teks terdiri daripada beberapa siri, seksyen atau bab. Setiap seksyen atau bab mempunyai tajuk dan mungkin mempunyai sub seksyen yang berbentuk perenggan. Manakala teks tidak linear pula dikenali sebagai hypertext dimana susunan teksnya adalah secara tidak linear dan mempunyai struktur data graf. Selain itu, teks jenis ini terdiri daripada nod yang merupakan bahagian teks yang bersaiz kecil dan akan dihubung kaitkan dengan bahagian teks yang lain menggunakan pautan (links). Hypertext pula adalah bertujuan bagi memudahkan seseorang pengguna itu mencari sesebuah dokumen dengan lebih cepat dan pantas. Teks berfungsi memudahkan  penyampaian maklumat kepada pembaca. Ianya memainkan fungsi yang sangat penting di dalam multimedia,  seperti yang dikatakan oleh Jamalludin & Zaidatun, 2000, “ tulisan bagi sesebuah teks mampu menimbulkan daya tarikan bagi sesuatu informasi yang disampaikan.”. Walau bagaimanapun, didalam aplikasi multimedia, penggunaan teks yang terlalu banyak amat tidak digalakkan dan penggunaan teks hanya diletakkan ditempat-tempat yang perlu sahaja.

Di dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (P&P),  Penyaluran teks melalui multimedia dapat membantu. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna. Kewujudan multimedia akan membolehkan sesuatu informasi disampaikan kepada murid dengan mudah dan berkesan. Sehubungan dengan itu, dapatlah kita lihat bahawa teks memainkan peranan yang sangat besar sebagai media utama yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam penyampaian isi kandungan pembelajaran. Dengan adanya teknologi masa kini, penggunaan teks pelbagai bentuk dan format tidak lagi terhad. Ianya boleh dipindahkan kemana-mana system computer bagi tujuan memudahkan pelajar memahami isi kandunga sama ada yang di capai melalui internet ataupun cd interaktif. Sehubungan dengan itu, pemilihan jenis font dan typefaces yang sesuai perlu dititik beratkan.Typefaces adalah merupakan keluarga bagi character grafik (fonts) yang mempunyai banyak saiz dan stail yang berbeza-beza. Manakala font pula adalah saiz bagi satu set karakter typeface tersebut. Contohnya “ 26 point Times New Roman” adalah typefaces bagi saiz 26 untuk Times New Roman.

Animasi
            Animasi adalah merujuk kepada gambar-gambar yang bergerak atau pertunjukan pantas urutan imej-imej static yang berbentuk 2D atau 3D.Ia akan meninggalkan sebuah kesan ilusi optic pergerakan disebabkan oleh fenomena pengkalan penglihatan yang boleh ditunjukkan melalui beberapa kaedah. Kaedah yang sering kali digunakan adalah membentangkan animasi sebagai sebuah program wayang gambar ataupun video.Animasi terbahagi kepada dua kategori iaitu animasi buatan dan animasi video.

 
Pergerakan animasi sebuah bola melantun-lantun dapat dihasilkan daripada gabungan bola yang berlainan bentuk fizikalnya.

            Elemen grafik di dalam multimedia berfungsi membantu dalam menyampaikan maklumat yang sukar untuk disampaikan melalui teks atau tulisan.Ia juga membantu dalam mempercepatkan penyampaian maklumat dengan lebih berkesan serta dapat menjadikan sesebuah program itu lebih menarik. Contohnya penggunaan grafik dalam internet yang dapat kita lihat pada halaman web. Kewujudan grafik mampu menceriakan lagi pengguna di dalam proses pencarian maklumat. Didalam konteks pembelajaran pula, grafik berfungsi membantu pelajar memahami isi pelajaran dengan adanya bantuan teks.Contoh grafik di dalam bidang pendidikan seni visual adalah seperti poster. Penggunaan ilustrasi sangat penting bagi memudahkan pelajar memahami apa yang diajar oleh guru.

Video

            
.
Video adalah merupakan gabungan kesemua elemen-elemen multimedia yang lengkap iaitu teks,grafik,animasi dan juga audio di dalam satu fail yang sama. Penggabungan kesemua elemen multimedia yang ada ini adalah dengan menggunakan system animasi yang diambil melalui kamera video dan disimpan dalam bentuk file dan format tertentu. Menurut Vaughan (1998), multimedia turut menyediakan kemudahan interaktiviti dan membenarkan pengguna mengawal perjalanan dan masa media yang digunakan. Interaktiviti memberi peluang kepada pelajar memilih dan mengawal sendiri pembelajaran mereka.Disamping itu, penggunaan media interaktif mampu menarik perhatian serta mudah untuk difahami berbanding penggunaan bahan-bahan yang statik dan bisu’.

Jenis Multimedia

Multimedia linear atau multimedia persembahan


Multimedia linear adalah jenis multimedia yang tidak dilengkapi dengan alat kawalan yang boleh dikawal oleh pengguna.Kebiasaanya multimedia jenis ini digunakan untuk persembahan dalam pengajaran dan pembelajaran atau multimedia korporat. Contoh multimedia persembahan ialah penggunaan powerpoint, filem, televisyen, animasi, internet dan banyak lagi. Jenis multimedia ini akan bergerak sendiri kerana ia telah disusun jalan persembahannya terlebih dahulu sebelum ditayangkan. Ia juga akan berjalan dari awal sampai akhir tanpa variasi kerana multimedia linear tadak mempunyai navigasi. Pengguna akan menonton persehan tersebut dengan durasi yang telah ditetapkan oleh pembuatnya.

No comments:

Post a Comment