SENI ITU INDAH

SENI ITU INDAH
“Bad art is more tragically beautiful than good art because it documents human failure.”

Sunday 1 December 2013

UKIRAN KAYU

Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.


POLA CORAK UKIRAN

Pola Bujang


  • Pola Bujang juga dikenali dengan nama Pola Putu. Ia merupakan motif bebas dan tidak berulang. Pola Bujang selalunya menggunakan elemen kuntuman bunga dan putik buah seperti bunga iaitu; Tampuk Manggis, Bunga Cengkih, Bunga Lawang, Bunga Teratai, Bunga Keladi, Bunga Petola, Bunga Ketumbit, Bunga Saga Kenering, Kacang Hantu, Bunga Cina, Bunga Matahari, Bunga Raya, Bunga Senduduk, Bunga Keladi Bunting, Bunga Misai Kucing, Bunga Mawar, Bunga Melati, Bunga Meroyan Punai Tanah, Bunga Sikap Dada dan Bunga Tahi Ayam. Ia juga ada menggunakan elemen kosmik iaitu matahari, bulan dan bintang serta elemen binatang seperti ayam, itik, badak dan burung.

Pola Pemidang


  • Pola Pemidang yang juga dikenali sebagai Pola Bingkai dibuat menggunakan rekabentuk ringkas dan berbingkai. Ukiran yang digunakan biasanya mempunyai nilai estetik (aesthetic) dengan maksud tersirat contohnya seperti Itik Pulang Petang dan Badak Mudik.

Pola Lengkap


  • Pola Lengkap atau Pola Induk memberi penekanan pada penggunaan motif tumbuhan dengan memasukkan keseluruhan bahagian pada tumbuhan bermula dari akar, batang dan ranting, serta daun, buah dan bunga.

Thursday 21 November 2013

KRAF DALAM PENDIDIKAN SENI

MAKSUD TEMBIKAR/ SERAMIK

Tembikar adalah sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah liat yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan rupa bentuk tembikar tersebut. Tembikar yang telah dibakar di dalam tanur memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air. Kegiatan perusahaan seni tembikar tradisional di Semenanjung Malaysia telahmula dikenali sejak zaman berzaman dan kini masih hidup perusahaannya diSemenanjung Malaysia. Tembikar merupakan lambang keindahan warisan kesenian yang lahir dari ketajaman ilham manusia. Perusahaan ini kebanyakan di usahakan oleh kaum wanita. 


Seni tembikar merupakan hasil seni kraf tangan yang diperbuat dari tanah liatyang diuli, diterap dengan pelbagai corak, diserap serta dibakar untuk menghasilkanrupa bentuk yang unik dan berseni. Tembikar yang terdapat di Sayong, daerah Kuala Kangsar, Perak yang dikenalisebagai Labu Sayong berwarna hitam. Mengikut sejarah Labu Sayong ini, apabila wujudnya buah labu tua yang dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikanbekas untuk menyimpan air. Labu hitam ini pada zaman dahulu adalah tempat untukmenyimpan air minuman. Keistimewaan labu hitam ini ialah airnya yang sejuk dandipercayai boleh menawarkan beberapa jenis penyakit seperti batuk, demam panas.


Ia juga digunakan sebagai bekas air sewaktu menziarahi tanah perkuburan. Bentuk Labu Sayong menekankan sifat semula jadi iaitu tanah liat serta teknikpenggunaan tangan. Rekaannya pula menggunakan motif alam sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga cengkih dan juga geometri yang harmoni. Oleh yang demikian, Labu Sayong tetap dikagumi dan diminati kerana bukan sahaja penggunaannya semata-mata tetapi kein-dahannya yang berasaskan nilai estetika barangan tembikar itu.


Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli.telah wujud di negara ini sejak beribu tahun dahulu. Ragambentuk dan ragam hias yang terdapat pada seitembikar melambangkan keunikan penciptaan tukang pandai Melayu. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia. Kebanyakan   tembikar yang dihasilkan  ini mempunyai ciri-ciri  kegunaan harian. Barangan tembikar yang dihasilkan oleh setiap negeri di Malaysia dapat   dibezakan antara satu sama lain melalui reka corak, reka bentuk atau warnanyakerana setiap negeri mempunyai teknik pembuatannya yang tersediri sertadipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat.Menggunakan bahan tanah liat yang dibentuk, dibakar dan digilap untukdijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, balang dan lain-lainlagi. Ia juga dikenali sebagai porselin wares dan seramik.


LIFE A STUDENT...





MENGIMBAU KENANGAN..


Wednesday 20 November 2013

KPD PENAKSIRAN 1 (UPSI)

PBS KINI

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Konsep PBS 1. Soalan: Apa itu PBS? Jawapan: PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik
"
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan WAKTU untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, ….menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa”

RPH ASAS SENI REKA-JALINAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh                         :           25 March 2013
Hari                             :           Isnin
Waktu                         :           2 Waktu
Masa                           :           1 jam 20 minit

Mata pelajaran          :           Pendidikan Seni Visual
Tingkatan                   :           2 Ibnu Rusyd
Bilangan Pelajar         :           29 orang
Bidang                         :           Asas Seni Reka
Unit Pembelajaran    :           Unsur Seni- Jalinan
Tajuk / Tema              :           Hiasan Dinding bertemakan flora

BAND
PERNYATAAN DAN STANDARD
DISKRIPTOR
EVIDENS

2
 Tahu dan Faham

B2
Mengetahui dan memahami
tentang unsur seni dan prinsip
rekaan dalam Asas Seni Reka
melalui pengamatan dan
pemerhatian terhadap sumber
alam, benda buatan manusia danhasil seni visual

B2D1
Mengenalpasti fungsi serta peranan
unsur seni dalam Asas Seni Reka
pada sumber alam, benda buatan
manusia dan hasil seni visual.

B2D1E1
Mengenalpasti fungsi dan peranan unsur seni,pada sumber alam, benda buatan manusia.


Objektif Hasil
Pembelajaran             Diakhir pembelajaran, murid dapat:

1.      Kognitif            -Menyatakan jenis dan ciri-ciri jalinan (jalinan tampak dan
jalinan sentuh) melalui pendedahan dan pengalaman terhadap deria mereka samaada  penglihatan dan sentuhan.

2.      Psikomotor      -Mengaplikasikan teknik gosokan,  teknik tekapan dan teknik
Percikan serta tiupan warna melalui unsur jalinan sentuh untuk menghasilkan hiasan dinding bertemakan flora.

3.      Afektif             -dapat menghasilkan hiasan dinding dengan kemas dan teliti
mengikut teknik gosokan, tekapan dan teknik percikan serta
tiupan.


Pengetahuan
Sediada                                  telah didedahkanSifat-sifat permukaan jalinan (kasar, licin, tajam) dalam pelajaran sains
                                               Murid tahuObjek sumber alam dan bahan buatan manusia yang mempunyai ciri-ciri jalinan (tembikai, nanas)

Peggabungjalinan                 Sains (fungsi sifat-sifat jalinan pada sesuatu permukaan)
Kemahiran                             Contoh: tayar- geseran untuk cengkaman

KBKK                                       Menjanakan idea, membuat gambaran, menilai

Nilai                                        Kerjasama
                                                Ketekunan dalam pengkaryaan
                                                Menghargai Alam ciptaan Tuhan

Alat / Bahan
Dan Sumber                          -(kulit durian, teddy bear, kain batik, batu,kertas pasir, kertas hadiah (gambar batu) diletakkan didalam kotak misteri.
                                               - buku skrap
                                               -kertas A4, poster colour/ pensil warna, berus, bekas air, straw dan daun.


Langkah
Isi kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Alat, BBM dan Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Menggunakan kotak misteri berisi pelbagai barang. untuk menguji tahap kepekaan murid dari aspek deria sentuh.

menyatakan ciri-ciri apa yang mereka sentuh.


·  Murid merasa objek di dalam kotak misteri.

·  Murid menyatakan ciri-ciri apa yang mereka sentuh.

§  Lembut
§  Tajam
§  Berbulu
§  Keras
§  Kasar
§  Licin

Kaedah pembelajaran (pendekatan murid):
Murid-murid ingin tahu apa yang terdapat dalam kotak misteri.
Langkah 1
(20 minit)
Aras 1: Pengetahuan dan kefahaman

Definisi jalinan-
Sifat jalinan-
Jenis jalinan-
kesan /rasa pada sesuatu permukaan:
·         Jalinan tampak
(dilihat)
·         Jalinan sentuh
(disentuh &dilihat)

melalui:

·         Contoh buku skrap tentang jalinan.
·         Buku teks
 


Sesi soal jawab daripada guru secara lisan. (pengukuhan)

1. Contoh jalinan tampak?
2. Contoh jalinan sentuh?
3. Jalinan tampak hanya boleh   
dilihat.
4. Jalinan sentuh pula boleh
disentuh dan dilihat.


·  Murid mendengar penerangan daripada guru sambil bersoal jawap tentang jalinan, jenis jalinan sama ada daripada alam semula jadi mahupun buatan manusia.








·  Murid  menyatakan contoh dan ciri-ciri jalinan sentuh dan jalinan tampak yang berada dipersekitaran mereka.
DBAE (Disiplin sejarah dan kritikan seni)

Kaedah pembelajaran
(berpusatkan murid) setiap murid tertanya-tanya apakah objek di dalam kotak tersebut.


ABM:
Contoh Buku skrap.

Buku teks
Langkah 2
(5 minit)

Aras 2:analisis danaplikasi

Demonstrasi:
Penghasilan hiasan dinding

Teknik:
·         Tekapan
·         Gosokan
·         Percik dan tiupan warna

Bahan dan peralatan
Bahan:
·         Kertas A4
·         Warna poster
·         Gam
·         Pensel warna

Peralatan:
Jalinan sentuh:
·         Daun
·         straw
·         Berus
·         Bekas air
·         Gunting

·  Murid memerhatikan demonstrasi yang dilakukan oleh guru.
DBAE (Penghasilan produk)

Kaedah pembelajaran (demonstrasi &berpusatkan guru)



Langlah 3
(30 minit)

Aras 2: analisis dan aplikasi

AKTIVITI PELAJAR
Menghasilkan hiasan dinding yang bertemakan flora.


·  Murid  membuat hiasan dinding bertemakan flora. (mengikut kreativiti masing-masing) dengan menggunakan teknik tekapan, teknik gosokan dan tekni percik dan tiupan warna, sebagaimana yang telah didemonstrasikan oleh guru.

Kertas warna, kertas lukisan, pensil, gam dan buah-buahan

Inkuri penemuan
Penutup
(10 minit)
Aras 3:
Penutup
Penilaian
Apresiasi
Rumusan
·   Murid  berhenti membuat karya.
·   Murid  mempamerkan hasil rekaan.
·   Murid  membuat lembaran kerja yang diberikan oleh guru.

DBAE: (disiplin kritikan seni)

DBAE: (disiplin estetik)



RPH REKABENTUK LANDSKAP

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh                        :           20 November 2013
Hari                            :           Rabu
Waktu                        :           1 Waktu
Masa                          :           40 Minit

Mata muridan           :           Pendidikan Seni Visual
Tingkatan                  :           4 Amanah
Bilangan Murid         :           22 orang
Bidang                        :           Reka Bentuk
Unit Pembelajaran     :           Reka Bentuk Persekitaran - Landskap
Tajuk / Tema             :           Melukis Simbol Pokok


Objektif Hasil
Pembelajaran           

Diakhir pembelajaran, murid dapat:

1.     Kognitif    : Menjelaskan beberapa jenis pokok yang terdapat dalam reka bentuk.landskap
2.     Psikomotor : Menghasilkan lakaran simbol pokok landskap menggunakan simbol .....................yang.telah ditetapkan.
3.  Afektif      : Menghasilkan beberapa lakaran simbol pokok yang terdapat dalam .reka.bentuk landskap dengan kemas dan kreatif.


BAND
PERNYATAAN DAN STANDARD
DISKRIPTOR
EVIDENS

2
 Tahu dan Faham

B2
Mengetahui dan memahami
tentang unsur seni dan prinsip
rekaan dalam Asas Seni Reka
melalui pengamatan dan
pemerhatian terhadap sumber
alam, benda buatan manusia dan hasil seni visual

B2D1
Mengenalpasti fungsi serta peranan
unsur seni dalam Asas Seni Reka
pada sumber alam, benda buatan
manusia dan hasil seni visual.

B2D1E1
Mengenalpasti fungsi dan peranan unsur seni, pada sumber alam, benda buatan manusia.


Pengetahuan Sediada

a)      Murid telah didedahkan dengan pengetahuan asas mengenai reka bentuk landskap. Murid telah melihat landskap pada kawasan sekolah, masjid, perpustakaan, hospital dan sebagainya.
           
Penggabung jalinan:
Sains    :  Menggunakan simbol-simbol pokok iaitu flora yang diguna pakai dalam reka bentuk landskap
Sejarah :  Pengenalan dan sejarah reka bentuk landskap
Nilai     :  Kerjasama, Kekemasan, Ketelitian, Keberanian, Kecekapan, Rasional.
KBKK :  Kemahiran menghubungkait, menganalisis, menilai, membuat kesimpulan.

Alat/Bahan     : ‘Flash Card’, ‘Handout’, ‘Masking Tape’, Kertas Bersaiz A4, Pensil   .......2b, Pemadam, Cat Air (Watercolour), Berus, ‘Pallet’ Dan Surat .......Khabar.

Rujukan         :    Sukatan pelajaran Tahunan KBSM Pendidikan Seni Visual.
                             Huraian Sukatan Pelajaran
                             Teks Kreatif Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 & 5

Langkah
Isi kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Alat, BBM dan Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Seorang murid tampil kehadapan untuk mendapatkan petunjuk

Murid tersebut diberi petunjuk dan seterusnya akan menyusun puzzle yang di sediakan.



·         Murid cuba menyusun untuk mengetahui rahsia disebalik puzzle tersebut.

·         Murid  meneka apa yang disusun oleh rakannya.

·         Murid melihat hasil gambar puzzle tersebut

Kaedah pembelajaran (pendekatan murid):

(Murid-murid ingin tahu gambar disebalik puzzle tersebut)

ABM :

‘Flash Card puzzle”
Langkah 1
(10 minit)
Aras 1:
Pengetahuan dan kefahaman

  • Pengenalan reka bentuk landskap
  • Elemen-elemen hiasan landskap


  • Jenis-jenis landskap
                                i.            Landskap lembut
                              ii.            Landskap kejur (keras)

  • Jenis Tumbuhan dalam Landskap :

ü  Renek

ü  Naungan


ü  Palma


ü  Penutup bumi


·         Simbol-simbol pokok dalam landskap


Sesi soal jawab daripada guru secara lisan. (Pengukuhan)

Rujukan :
1.      Buku teks
2.      Seni visual tingkatan 3
3.      Teks Kreatif Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4&5


·  Murid mendengar penerangan daripada guru sambil bersoal jawap tentang pengenalan landskap



·         Murid  menyatakan jenis-jenis pokok yang terdapat dalam reka bentuk landskap yang pernah mereka lihat.

·         Murid diperkenalkan dengan jenis-jenis tumbuhan dalam landskap secara terperinci.

DBAE (Disiplin sejarah dan kritikan seni)

Kaedah pembelajaran
(berpusatkan murid) setiap murid tertanya-tanya apakah aspek utama dalam reka bentuk landskap.

KBKK:
Menyenaraikan, menyatakan dan mengenalpasti


ABM:

Gambar landskap

Buku Teks

‘Flash card’

Langkah 2
(5 minit)

Aras 2:
Demonstrasi

Penghasilan simbol pokok (tumbuhan) yang digunakan dalam reka bentuk landskap.

Langkah awal dalam proses melukis simbol pokok


1.      Membuat lakaran awal menggunkan pallet ‘O’/ duit syiling 50 sen.

2.      Membuat simbol pokok yang dipilih

3.      Menggunkan pensel warna / cat air untuk mewarnakannya.

4.      Menggunakan pen untuk membuat kemasan pada bahagian tepi.

5.      Menunjukkan bahan yang sebenar kepada pelajar



·  Murid diarahkan kehadapan untuk melihat dengan lebih dekat mengenai demostasi yang dibuat oleh guru.

·  Murid memerhatikan demonstrasi yang dilakukan oleh guru.

·  Murid menanyakan soalan mengenai kaedah/proses aktiviti semasa demostasi dijalankan.
DBAE (Penghasilan produk)

Kaedah pembelajaran (demonstrasi &berpusatkan guru)


ABM:
-     Kertas a4
-     Pensel 2b
-     Pemadam
-     Cat air
-     Pallet
-     berus

Langlah 3
(15 minit)

Aras 3 :
Analisis Dan Aplikasi

Proses Kerja :

AKTIVITI MURID

1.      Murid dibekalkan dengan sehelai kertas lukisan

2.      Murid diarahkan melukis menggunakn pensil 2B sebelum mewarna.




















3.      Murid diberi contoh simbol landskap untuk melukis simbol pokok

4.      Berus dan pallet digunakan untuk mewarna simbol pokok

·         Murid bertindak mengikut arahan yang diberikan oleh guru

·         Guru mengedarkan helaian kertas aktiviti kepada pelajar

·         Murid menjalankan aktiviti dengan baik dan berdisiplin sambil dipantau oleh guru.

·         Murid diingatkan supaya melakukan aktiviti dalam jangka masa yang ditetapkan.

·         Murid diingatkan supaya menjaga kebersihan kelas.

 Kaedah ASSURE:
Memerlukan penglibatan pelajar:
Murid terlibat dalam aktiviti.


KBKK:
menjana idea, menyelidik, mengenalpasti, mencari, menyelesaikan, menyatakan

ABM:

-     Kertas a4
-     Pensel 2b
-     Pemadam
-     Pembaris
-     Cat air
-     Berus
-     air

Penutup
(5 minit)
Aras 3:
Penilaian Dan Refleksi

Guru membuat penilaan dan rumusan  terhadap  hasil karya murid.  



Sesi soaljawab secara lisan. (Pengukuhan)

·   Murid  berhenti membuat karya.

·   Murid diminta untuk mengumpulkan hasil kerja mereka yang telah siap

·   Murid mendengar rumusan dari guru mengenai P&P yang dijalankan

Kaedah ASSURE: Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian:


KBKK:
Mengenalpasti, menyatakan

ABM
Hasil kerja murid