SENI ITU INDAH

SENI ITU INDAH
“Bad art is more tragically beautiful than good art because it documents human failure.”

Wednesday 20 November 2013

RPH ASAS SENI REKA-JALINAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh                         :           25 March 2013
Hari                             :           Isnin
Waktu                         :           2 Waktu
Masa                           :           1 jam 20 minit

Mata pelajaran          :           Pendidikan Seni Visual
Tingkatan                   :           2 Ibnu Rusyd
Bilangan Pelajar         :           29 orang
Bidang                         :           Asas Seni Reka
Unit Pembelajaran    :           Unsur Seni- Jalinan
Tajuk / Tema              :           Hiasan Dinding bertemakan flora

BAND
PERNYATAAN DAN STANDARD
DISKRIPTOR
EVIDENS

2
 Tahu dan Faham

B2
Mengetahui dan memahami
tentang unsur seni dan prinsip
rekaan dalam Asas Seni Reka
melalui pengamatan dan
pemerhatian terhadap sumber
alam, benda buatan manusia danhasil seni visual

B2D1
Mengenalpasti fungsi serta peranan
unsur seni dalam Asas Seni Reka
pada sumber alam, benda buatan
manusia dan hasil seni visual.

B2D1E1
Mengenalpasti fungsi dan peranan unsur seni,pada sumber alam, benda buatan manusia.


Objektif Hasil
Pembelajaran             Diakhir pembelajaran, murid dapat:

1.      Kognitif            -Menyatakan jenis dan ciri-ciri jalinan (jalinan tampak dan
jalinan sentuh) melalui pendedahan dan pengalaman terhadap deria mereka samaada  penglihatan dan sentuhan.

2.      Psikomotor      -Mengaplikasikan teknik gosokan,  teknik tekapan dan teknik
Percikan serta tiupan warna melalui unsur jalinan sentuh untuk menghasilkan hiasan dinding bertemakan flora.

3.      Afektif             -dapat menghasilkan hiasan dinding dengan kemas dan teliti
mengikut teknik gosokan, tekapan dan teknik percikan serta
tiupan.


Pengetahuan
Sediada                                  telah didedahkanSifat-sifat permukaan jalinan (kasar, licin, tajam) dalam pelajaran sains
                                               Murid tahuObjek sumber alam dan bahan buatan manusia yang mempunyai ciri-ciri jalinan (tembikai, nanas)

Peggabungjalinan                 Sains (fungsi sifat-sifat jalinan pada sesuatu permukaan)
Kemahiran                             Contoh: tayar- geseran untuk cengkaman

KBKK                                       Menjanakan idea, membuat gambaran, menilai

Nilai                                        Kerjasama
                                                Ketekunan dalam pengkaryaan
                                                Menghargai Alam ciptaan Tuhan

Alat / Bahan
Dan Sumber                          -(kulit durian, teddy bear, kain batik, batu,kertas pasir, kertas hadiah (gambar batu) diletakkan didalam kotak misteri.
                                               - buku skrap
                                               -kertas A4, poster colour/ pensil warna, berus, bekas air, straw dan daun.


Langkah
Isi kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Alat, BBM dan Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Menggunakan kotak misteri berisi pelbagai barang. untuk menguji tahap kepekaan murid dari aspek deria sentuh.

menyatakan ciri-ciri apa yang mereka sentuh.


·  Murid merasa objek di dalam kotak misteri.

·  Murid menyatakan ciri-ciri apa yang mereka sentuh.

§  Lembut
§  Tajam
§  Berbulu
§  Keras
§  Kasar
§  Licin

Kaedah pembelajaran (pendekatan murid):
Murid-murid ingin tahu apa yang terdapat dalam kotak misteri.
Langkah 1
(20 minit)
Aras 1: Pengetahuan dan kefahaman

Definisi jalinan-
Sifat jalinan-
Jenis jalinan-
kesan /rasa pada sesuatu permukaan:
·         Jalinan tampak
(dilihat)
·         Jalinan sentuh
(disentuh &dilihat)

melalui:

·         Contoh buku skrap tentang jalinan.
·         Buku teks
 


Sesi soal jawab daripada guru secara lisan. (pengukuhan)

1. Contoh jalinan tampak?
2. Contoh jalinan sentuh?
3. Jalinan tampak hanya boleh   
dilihat.
4. Jalinan sentuh pula boleh
disentuh dan dilihat.


·  Murid mendengar penerangan daripada guru sambil bersoal jawap tentang jalinan, jenis jalinan sama ada daripada alam semula jadi mahupun buatan manusia.








·  Murid  menyatakan contoh dan ciri-ciri jalinan sentuh dan jalinan tampak yang berada dipersekitaran mereka.
DBAE (Disiplin sejarah dan kritikan seni)

Kaedah pembelajaran
(berpusatkan murid) setiap murid tertanya-tanya apakah objek di dalam kotak tersebut.


ABM:
Contoh Buku skrap.

Buku teks
Langkah 2
(5 minit)

Aras 2:analisis danaplikasi

Demonstrasi:
Penghasilan hiasan dinding

Teknik:
·         Tekapan
·         Gosokan
·         Percik dan tiupan warna

Bahan dan peralatan
Bahan:
·         Kertas A4
·         Warna poster
·         Gam
·         Pensel warna

Peralatan:
Jalinan sentuh:
·         Daun
·         straw
·         Berus
·         Bekas air
·         Gunting

·  Murid memerhatikan demonstrasi yang dilakukan oleh guru.
DBAE (Penghasilan produk)

Kaedah pembelajaran (demonstrasi &berpusatkan guru)



Langlah 3
(30 minit)

Aras 2: analisis dan aplikasi

AKTIVITI PELAJAR
Menghasilkan hiasan dinding yang bertemakan flora.


·  Murid  membuat hiasan dinding bertemakan flora. (mengikut kreativiti masing-masing) dengan menggunakan teknik tekapan, teknik gosokan dan tekni percik dan tiupan warna, sebagaimana yang telah didemonstrasikan oleh guru.

Kertas warna, kertas lukisan, pensil, gam dan buah-buahan

Inkuri penemuan
Penutup
(10 minit)
Aras 3:
Penutup
Penilaian
Apresiasi
Rumusan
·   Murid  berhenti membuat karya.
·   Murid  mempamerkan hasil rekaan.
·   Murid  membuat lembaran kerja yang diberikan oleh guru.

DBAE: (disiplin kritikan seni)

DBAE: (disiplin estetik)



No comments:

Post a Comment