SENI ITU INDAH

SENI ITU INDAH
“Bad art is more tragically beautiful than good art because it documents human failure.”

Sunday 1 December 2013

UKIRAN KAYU

Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.


POLA CORAK UKIRAN

Pola Bujang


  • Pola Bujang juga dikenali dengan nama Pola Putu. Ia merupakan motif bebas dan tidak berulang. Pola Bujang selalunya menggunakan elemen kuntuman bunga dan putik buah seperti bunga iaitu; Tampuk Manggis, Bunga Cengkih, Bunga Lawang, Bunga Teratai, Bunga Keladi, Bunga Petola, Bunga Ketumbit, Bunga Saga Kenering, Kacang Hantu, Bunga Cina, Bunga Matahari, Bunga Raya, Bunga Senduduk, Bunga Keladi Bunting, Bunga Misai Kucing, Bunga Mawar, Bunga Melati, Bunga Meroyan Punai Tanah, Bunga Sikap Dada dan Bunga Tahi Ayam. Ia juga ada menggunakan elemen kosmik iaitu matahari, bulan dan bintang serta elemen binatang seperti ayam, itik, badak dan burung.

Pola Pemidang


  • Pola Pemidang yang juga dikenali sebagai Pola Bingkai dibuat menggunakan rekabentuk ringkas dan berbingkai. Ukiran yang digunakan biasanya mempunyai nilai estetik (aesthetic) dengan maksud tersirat contohnya seperti Itik Pulang Petang dan Badak Mudik.

Pola Lengkap


  • Pola Lengkap atau Pola Induk memberi penekanan pada penggunaan motif tumbuhan dengan memasukkan keseluruhan bahagian pada tumbuhan bermula dari akar, batang dan ranting, serta daun, buah dan bunga.